Barah atau Kanser ialah sel yang tidak normal dan membiak secara tidak terkawal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota yang lain.
Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.
http://www.farmashealth.com.my/images/Sel-Normal%20&%20abnormal.jpg
Proses metastasis berlaku apabila sel kanser membuat 'laluan' (pathway) sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa, yang seterusnya boleh merosakkan organ-organ di dalam badan. Perlu diingat bahawa kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat.